Aidilfitri di awan biru

Kota Kinabalu: Kerjaya sebagai seorang juruterbang dan anak kapal selalunya dikaitkan dengan gaya hidup glamor, berkarisma dan menyeronokkan.

Juruterbang MASwings, Kapten Rayzlan Salazar. Pix Ihsan Mohd Adam HJ Arinin

Namun disebalik hakikatnya, kerjaya itu sebenarnya membawa pelbagai cabaran tersendiri termasuklah terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga apabila perlu bertugas ketika Hari Raya Aidilfitri.

Pembantu Juruterbang, Muhammad Arman Zoelkifli. Pix Ihsan Mohd Adam HJ Arinin

Juruterbang MASwings, Kapten Rayzlan Salazar, 37, berkata, tahun ini adalah kali pertama dia bertugas ketika sambutan satu Syawal selepas 14 tahun bergelar sebagai juruterbang.

Juruterbang MASwings, Kapten Rayzlan Salazar (dua dari kanan) dan Pembantu Juruterbang, Muhammad Arman Zoelkifli (kanan) berketika berada di dalam pesawat MASwings. Pix Ihsan Mohd Adam HJ Arinin

Katanya, ia sememangnya membawa kelainan berikutan tahun-tahunnya sebelumnya dia dapat bercuti untuk beraya bersama keluarga.

Juruterbang MASwings, Kapten Rayzlan Salazar (dua dari kanan) dan Pembantu Juruterbang, Muhammad Arman Zoelkifli (kanan) berketika berada di dalam pesawat MASwings. Pix Ihsan Mohd Adam HJ Arinin

“Tahun ini kali pertama bertugas pada 1 Syawal. Saya beri peluang kepada rakan-rakan lain pula untuk bercuti sempena Aidilfitri.

Juruterbang MASwings, Kapten Rayzlan Salazar (dua dari kanan) dan Pembantu Juruterbang, Muhammad Arman Zoelkifli (kanan) berketika berada di dalam pesawat MASwings. Pix Ihsan Mohd Adam HJ Arinin

“Ini kerana sambutan tidak jauh berbeza dan kemeriahan Syawal itu tetap dapat dinikmati kerana keluarga mertua yang menetap di Kota Kinabalu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Keadaan berbeza buat Pembantu Juruterbang, Muhammad Arman Zoelkifli, 37, apabila tahun ini merupakan tahun kelima dirinya bertugas di pagi 1 Syawal.

Penumpang-penumpang  MASwings ketika menggunakan perkhidmatan syarikat berkenaan sempena Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini. Pix Ihsan Mohd Adam HJ Arinin

Katanya, walaupun tidak menafikan kesedihan tidak dapat beraya bersama keluarga di kampung halaman, namun perasaan itu akan hilang sebaik melihat wajah-wajah penumpang yang menaiki pesawat kendaliannya.

“Sejak beberapa tahun bersama MASwings, Hanya sekali saja dapat balik beraya malahan raya tahun ini juga kali kelima saya bertugas ketika Syawal.

Pramugara MASwings, Mohd Afif Rosleh (depan) dan rakannya memeriksa bahagian penyimpanan barangan di dalam pesawat sebelum penumpang-penumpang memasuki pesawat. Pix Ihsan Mohd Adam HJ Arinin

“Tipulah kalau tidak rasa sedih. Saya sebelum ini pernah menitiskan air mata ketika dalam penerbangan hanya disebabkan pramugari bertugas memutarkan lagu lagu Balik Kampung,” katanya.

Muhammad Arman yang berasal dari Subang Jaya, Selangor, berkata, dia tidak terkilan tidak dapat balik beraya pada Hari Raya pertama kerana selaku juruterbang MASwings, dia perlu menunaikan tanggungjawab kepada penumpang.

Kerjaya sebagai seorang juruterbang dan anak kapal selalunya dikaitkan dengan gaya hidup glamor, berkarisma dan menyeronokkan. Pix Ihsan Mohd Adam HJ Arinin

Sementara itu, pramugara MASwings, Mohd Afif Rosleh, 32, memaklumkan sudah menjadi perkara biasa buat dirinya bertugas di pagi Syawal sejak hampir 10 tahun bertugas sebagai anak kapal di MASwings.

Malah katanya, dia pernah beberapa kali terpaksa merasa malam raya di negeri orang atas faktor tuntutan kerja.

Kerjaya sebagai seorang juruterbang dan anak kapal selalunya dikaitkan dengan gaya hidup glamor, berkarisma dan menyeronokkan. Pix Ihsan Mohd Adam HJ Arinin

“Sama seperti beberapa tahun sebelumnya, saya bertugas di dalam penerbangan pada pagi satu Hari Raya tahun ini.

“Walaupun kampung halaman hanya terletak kira-kira lima kilometer dari lapangan terbang namun saat kebersamaan di pagi raya itu dilihat penting setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri.

Kerjaya sebagai seorang juruterbang dan anak kapal selalunya dikaitkan dengan gaya hidup glamor, berkarisma dan menyeronokkan. Pix Ihsan Mohd Adam HJ Arinin

“Namun saya tetap bersyukur isteri, anak-anak dan keluarga memahami tuntutan pekerjaan sebagai anak kapal,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|