8 pasangan dicekup lepas rindu di hotel

8 pasangan dicekup lepas rindu di hotel

Sandakan: “Dia bakal tunang saya, kami merancang untuk kahwin. Kami sudah bernikah tapi belum ada sijil nikah kerana kahwin kampung.”

Itu antara alasan popular lapan pasangan kekasih yang ditahan selepas disyaki berkhalwat di dalam bilik hotal di daerah ini, dalam Ops Ambang Tahun Baru, di sini, malam tadi.

Romzi (kiri) bersama Mohd Azhar ketika Ops Ambang Tahun Baru.

Dalam operasi itu, seramai 16 individu berusia 18 hingga 42 ditahan berdua-duaan dengan pasangannya yang bukan muhrim.

Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Hal Ehawal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sandakan, Romzi Abdul Rahman berkata, ramai pasangan yang dicekup didapati golongan remaja.

Lapan pasangan yang dicekup khalwat di hotel sekitar Sandakan.

Katanya, ketika ditahan ramai antara mereka memberikan seribu satu alasan bagi mengelak tindakan diambil.

“Antara alasan kononnya mereka sudah berkahwin dan sudah berkahwin tapi belum ada sijil nikah kerana kahwin kampung.

Pil disyaki ekstasi turut dirampas dalam Ops Ambang Tahun Baru.

“Malah ada yang mengaku sudah bertunang tetapi berdua-dua di dalam bilik hotel,” katanya ketika ditemui selepas selesai Ops Ambang Tahun Baru.

Mengulas lanjut, Romzi berkata, ada juga wanita muslim dengan pasangan bukan muslim ditahan bersama pil disyaki ekstasi.

“Operasi pada malam ini, kita dapati lapan pasangan dan semua mengaku mereka ini berkahiwn.

“Namun semakan melalui e-perkahwinan ternyata nama mereka tiada dalam sistem sebelum mengaku belum berkahwin dan rata-rata masih muda,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, Ops Ambang Tahun Baru dilancarkan sejak 24 Disember lalu lagi.

“Sepanjang operasi itu, kita membuat rampasan sebanyak tujuh motosikal dan sebanyak 204 saman.

“Selain itu, seramai 10 individu ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|