655 orang masih terjejas di Sandakan

655 orang masih terjejas di Sandakan

Kota Kinabalu: Ekoran fenomena air pasang besar yang berlaku di Sandakan baru-baru ini, seramai 655 mangsa dilaporkan masih terjejas setakat pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 114 Ketua Isi Rumah (KIR).

“Kesemua mangsa yang terjejas telah ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah dibuka di SK Sungai Anib 2 sehingga keadaan beransur pulih.

“Daripada 655 mangsa yang dilaporkan, seramai 321 adalah golongan dewasa dan warga emas, manakala seramai 334 adalah kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|