50 murid sekolah didedahkan dengan bidang STEM

50 murid sekolah didedahkan dengan bidang STEM

Kota Kinabalu: Seramai 50 murid sekolah diberi pendedahan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menerusi Aktiviti STEM @STEMLAB Makerspace yang dianjurkan Pusat Minda Lestari (PML) Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.

Penyelia program Jaini Sapirai berkata, penganjuran itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid PML terhadap bidang STEM.

Aktiviti Rocket Ballon yang dilakukan murid yang terbabit dalam Program Aktiviti STEM@STEMLAB Makerspace di U-Science UMS.

“Program ini juga adalah untuk memberi pengalaman secara praktikal kepada murid untuk mengaplikasi pengetahuan dalam bilik darjah di dalam dunia sebenar.

“Mereka telah didedahkan pengetahuan tentang bagaimana aplikasi STEM digunakan dalam kehidupan seharian,” katanya mengulas program yang diadakan di U-Science UMS, hari ini.

Aktiviti Static Electricity Butterfly yang dilakukan murid yang terbabit dalam Program Aktiviti STEM@STEMLAB Makerspace di U-Science UMS.

Katanya lagi, program selama tiga hari itu disasar mampu meningkatkan minat murid sekolah terhadap STEM.

“Antara aktiviti yang diadakan termasuklah Miracles Butterfly, Static Electricity Butterfly dan Rocket Ballon.

“Impak dari program ini juga membina ciri-ciri murid yang kreatif, inovatif dan kolaboratif.

“Selain memberi keseronokan, ia juga membuka mata murid terhadap aplikasi sains dalam kehidupan serta memberikan peluang untuk melakukan sendiri aktiviti STEM,” katanya.

Program membabitkan murid sekolah itu turut diiringi lapan guru.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|