50 belia Pulau Sebatik sertai UMNO

50 belia Pulau Sebatik sertai UMNO

Kalabakan: Seramai 50 belia dari lima kampung di Pulau Sebatik, di sini, menjadi ahli baharu UMNO selepas menyerahkan borang keahlian kepada UMNO Kalabakan, semalam.

Mereka adalah belia dari Kampung Sungai Tamang Lama, Kampung Rancangan Tamang, Kampung Mentadak Baru, Kampung Wallace Bay dan Kampung Sungai Laba.

Seramai 50 belia di Pulau Sebatik menyertai UMNO.

Borang keahlian diserahkan Pengerusi Belia Sebatik, Mohd Izhar Musa kepada Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kalabakan, Hady Syam Nureddin yang juga Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik.

Penyerahan borang berkenaan diadakan dalam satu program yang diadakan di Dewan Sri Tamang Pulau Sebatik dengan disaksikan Timbalan Ketua UMNO Kalabakan, Devid Udin.

Mohd Izhar berkata, ramai lagi anak muda Sebatik dan Kalabakan akan berbuat demikian atas kesedaran bahawa hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang dapat membela nasib rakyat di Parlimen Kalabakan.

“Kini semakin ramai yang sedar hanya UMNO BN yang dapat membela nasib anak muda di Pulau Sebatik,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|