Lahad Datu: Seramai 30 penduduk hilang tempat tinggal apabila empat rumah di Kampung Pisang, di sini, terbakar awal pagi tadi.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.35 pagi dan pasukan digerakkan ke lokasi kejadian.
Katanya, pihaknya tiba di lokasi kejadian mendapati api marak membakar beberapa rumah.
“Operasi pemadaman dilakukan segera dan kebakaran berjaya dikawal pada 2.15 pagi.
“Kebakaran memusnahkan dua rumah manakala dua rumah lagi terbakar 10 peratus,” katanya.
Beliau memberitahu operasi tamat sepenuhnya pada 4.58 pagi dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
-Deasoka