30 kekosongan jawatan pegawai tinggi IPK Sabah

30 kekosongan jawatan pegawai tinggi IPK Sabah

Kota Kinabalu: Sebanyak 30 perjawatan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah, perlu diisi susulan kenaikan pangkat, perpindahan dan persaraan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, pihaknya berharap, semua kekosongan yang ada itu dapat diisi dengan secepat mungkin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman memangku pangkat Asisten Komisioner.

Katanya, perkara itu perlu diberi keutamaan bagi memastikan hal keselamatan di negeri ini terus terjamin.

“Kita tidak mahu, kekurangan dalam keanggotaan ini akan menjejaskan perkhidmatan polis di lapangan kelak.

Pegawai Pentadbiran, Jabatan Pengurusan IPK Sabah, Deputi Superintendan Rohana Anak Nanu dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Belaga, Sarawak

“Berdasarkan semakan perjawatan Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sabah, kekosongan adalah membabitkan jawatan dua Deputi Superintendan, 12 Asisten Superintendan dan 16 Inspektor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Meraikan Pertukaran Pegawai Kanan Polis di IPK Sabah, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Nor Azizulkifli Mansor akan berpindah ke jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor

Pada majlis berkenaan, dua pegawai kanan IPK Sabah, iaitu Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Nor Azizulkifli Mansor akan berpindah ke jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Selangor.

Manakala, Pegawai Pentadbiran, Jabatan Pengurusan IPK Sabah, Deputi Superintendan Rohana Anak Nanu dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Belaga, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh memangku pangkat Superintendan

Idris berkata, kekosongan jawatan bagi Pasukan Polis Marin (PPM) di negeri ini turut berada dalam keadaan genting.

Katanya, ia kerana pasukan berkenaan adalah barisan hadapan yang terlibat secara langsung operasi khas di perairan Sabah.

“Dengan 70 kekosongan keseluruhan membabitkan sembilan pegawai dan 61 anggota, ia perlu diisi dengan segera bagi memperkukuhkan lagi kekuatan pasukan,” katanya.

Sementara itu, majlis hari ini turut menyaksikan acara pemakaian pangkat kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman yang memangku pangkat Asisten Komisioner.

Manakala, Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh pula memangku pangkat Superintendan.

Selain itu, seramai 25 pegawai berpangkat Asisten Superintendan turut dinaikkan ke pangkat Deputi Superintendan mengikut kaedah saringan berteraskan kompetensi tahun 2022.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|