27 perkara berkait tuntutan Sabah, Sarawak dibangkitkan dalam memorandum Jemaah Menteri

27 perkara berkait tuntutan Sabah, Sarawak dibangkitkan dalam memorandum Jemaah Menteri

Kota Kinabalu: Sebanyak 27 perkara akan dibangkitkan dalam memorandum Jemaah Menteri mengenai tuntutan Sabah dan Sarawak, khususnya berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dijangka dibentangkan kepada Kabinet pada 4 Januari depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara yang dibangkitkan dalam memorandum itu adalah hasil rundingan di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

“Perdana Menteri kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof dan saya sendiri selaku menteri yang bertanggungjawab untuk hal ehwal Sabah dan Sarawak.

“Dalam tempoh 30 hari, kami perlu membentangkan Memorendum Jemaah Menteri di Kabinet untuk melihat kepada dapatan hasil daripada rundingan di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak.

“Tempoh 30 hari itu berakhir pada 5 Januari, namum dalam Mesyuarat Kabinet lalu, saya telah membentangkan nota Jemaah Menteri sebgai makluman awal kepada ahli Jemaah Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas meninjau ke Kg Tanjung Aru Baru yang terjejas akibat fenomena air pasang dan ombak besar baru-baru ini.

Armizan berkata, beliau sudah membentangkan 27 perkara yang dibangkitkan oleh kedua-dua kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

Di mana, katanya, 22 perkara daripadanya berkait secara langsung dengan MA63 dan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), manakala lima lagi adalah syor-syor tambahan.

“InsyaAllah, satu telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri hasil daripada nota Jemaah Menteri yang dikemukakan.

“Kebetulan padamasa itu pun kita telah berbincang awal Kementerian Ekonomi pada masa itu, membetangkan perkara berkaitan dengan apa yang telah diumumkan, iaitu penyerahan kuasa kawal selia gas daripada Perskutuan kepada negeri Sabah.

“Ia sebenarnya merupakan kuasa negeri Sabah sejak dahulu, namun berlaku pindaan undang-undang pada tahun 80-an, maka kuasa itu diangkat ke Persekutuan.

“Hasil daripada permintaan Kerajaan Negeri dan keprihatinan Kerajaan Persekutuan, Kabinet telah meluluskan supaya bermula Januari ini, kuasa kawal selia gas kita akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri,” katanya lagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|