25 pengunjung pusat peranginan terperangkap akibat banjir

25 pengunjung pusat peranginan terperangkap akibat banjir

Kota Belud: Seramai 25 individu berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian banjir di sebuah eko pelancongan di Melangkap, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa terdiri daripada 5 lelaki dan 20 wanita terperangkap di dalam banjir berkenaan kerana jalan raya dinaiki air dan kereta tidak dapat melaluinya.

Pasukan Bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang terperangkap banjir menggunakan sistem Hauling di sebuah eko pelancongan di Melangkap.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.28 petang.

Katanya, seramai 10 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud digerakkan ke lokasi berkenaan.

“Sebaik tiba, pasukan bomba bertindak membuat pemeriksaan kawasan yang dinaiki air dan memeriksa keadaan mangsa serta memberi nasihat untik ke tempat yang selamat.

“Operasi mengeluarkan mangsa di kawasan banjir dijalankan pada 6 pagi tadi dengan menggunakan sistem hauling.

“Semua mangsa seramai 25 orang dikeluarkan pasukan bomba dengan selamat dan ditempatkan sementara di homestay berhampiran. Ada juga keluarga mangsa yang datang dan membawa mangsa terbabit,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, air semakin surut namun terdapat enam buah kenderaan pelbagai jenis milik mangsa masih terperangkap.

“Operasi terkawal pada 7.35 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 8 pagi tadi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|