200 peserta SIWE 2022 pamer produk dari seluruh negara

200 peserta SIWE 2022 pamer produk dari seluruh negara

Kota Kinabalu: Kira-kira 200 peserta mengambil bahagian dalam Expo Usahawan Wanita Antarabangsa Malaysia Sabah (SIWE 2022) yang berlangsung selama tiga hari hingga Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.

Ekspo itu yang disempurnakan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag semalam adalah yang kedua anjuran Persatuan Industri Kecil Sederhana Usahawan Wanita Bumiputera Sabah (IKSnita Sabah).

Juliah merasmikan SIWE 2022 di SICC.

Pelbagai perkhidmatan dan produk dari Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Johor dan Terengganu dipamerkan sepanjang ekspo berkenaan.

Ia bertujuan memperkasa potensi golongan wanita sebagai usahawan bergerak maju ke depan dalam merancakkan ekonomi keluarga dan negara, selaras dengan halatuju Sabah Maju Jaya.

Juliah melawat gerai pameran SIWE 2022 di SICC.

Juliah yang juga Yang Dipertua MUTIARA GRS turut meluangkan masa melawat gerai pameran pelbagai produk dan perkhidmatan.

Turut menyertai ekspo ialah agensi kerajaan seperti Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah, Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Mintred Sarawak, Lembaga Pertubuhan Peladang Kedah, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), RISDA, FAMA dan lain-lain.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|