1,000 tetamu meriahkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kerajaan negeri

Kota Kinabalu: Kira-kira 1,000 tetamu memeriahkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kerajaan negeri yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.

Majlis berkenaan dihadiri tetamu jemputan yang mewakili pelbagai latar belakang etnik, agama dan fahaman politik sejajar keunikan Sabah yang terkenal sebagai negeri berbilang kaum dan kepercayaan yang hidup harmoni.

Hajiji menyampaikan sumbangan duit raya kepada 50 warga emas dan OKU pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah 2022 di SiCC, Kota Kinabalu.

Turut hadir ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama iateri, Datin Seri Juliah Salag serta jemaah Kabinet negeri.

Hadir sama ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong.

Tun Juhar antara tetamu yang menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah 2022 di SICC, Kota Kinabalu.

Sempena majlis itu, Hajiji dan Julia turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 50 orang warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|