Waris mangsa kemalangan dicari

Waris mangsa kemalangan dicari

Penampang: Polis daerah ini mencari waris mangsa kemalangan maut dalam kejadian di Jalan Nambazan-Jalan Papar Lama, semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, mangsa yang bukan warganegara ini dikenali sebagai Shabastian Anis, 30 tahun.

Katanya, ketika kemalangan, mangsa menunggang motosikal dengan nombor pendaftaran SU973C.

“Siasatan awal, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke jalan bertentangan di Jalan Lok Kawi-Penampang.

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) yang hadir di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Haris berkata, mangsa dihantar ke bahagian Forensik HQEI untuk menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum proses bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mengenali mangsa atau waris mangsa diminta segera menghubungi Balai Polis berhampiran.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|