Kota Kinabalu: Timbalan Komander VAT69, Asisten Komisioner Abdul Rani Alias dilantik menjadi Komander Briged Sabah berkuat kuasa hari ini.
Abdul Rani dinaikkan pangkat Senior Asisten Komisioner menggantikan Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail, 60 yang bersara wajid esok.
Mohd Abduh (kiri) menyerahkan Tongkat Kuasa kepada Komander Briged Sabah yang baharu, Abdul Rani Alias sambil disaksikan Pengarah KDNKA, Datuk Hazani Ghazali pada Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Briged Sabah PGA, Kinarut, Kota Kinabalu.
Majlis serah terima tugas itu disaksikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Hazani Ghazali di Ibu Pejabat Briged Sabah PGA, Kinarut, di sini, hari ini.
Majlis berkenaan turut menyaksikan serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Briged Sabah antara Nor Azian Ahmad dan Rusnah Zakaria sambil disaksikan isteri Hazani, Pengerusi PERKEP KDNKA, Datin Fadziah Abdul Hamid
Pada majlis itu, Hazani berkata, pengalaman yang ada pada komander baharu, Abdul Rani akan mampu meneruskan kejayaan yang dicapai PGA Briged Sabah sebelum ini.
Katanya, beliau mempunyai pelbagai pengalaman yang boleh digunapakai untuk meneruskan kecemerlangan di masa hadapan.
“Segala tindakan dan operasi-operasi seperti
Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dan Op Kontraban akan diteruskan dan ditingkatkan.
“Oleh itu, kita memerlukan pengalaman beliau untuk menjalankan tugas-tugas pengoperasian dalam memastikan segala jenayah terutamanya membabitkan penyeludupan dapat dibanteras,” katanya.
-Deasoka