Warga emas maut ketika melintas

Warga emas maut ketika melintas

Kota Kinabalu: Seorang lelaki warga emas maut dirempuh kenderaan ketika melintas jalan di Batu 2, Jalan Tuaran, berhampiran Sawit Kinabalu, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, mangsa Chong Yit Guan, 78, cedera di kepala sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa maut di lokasi kejadian ketika melintas jalan di Batu 2, Jalan Tuaran berhampiran Sawit Kinabalu, Kota Kinabalu.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KBSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Jo Ak Hang berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam berlaku kemalangan melibatkan pejalan kaki dan kereta jenis Perodua Myvi.

“Siasatan awal mendapati pemandu lelaki berusia 23 tahun dari arah Kopungit menghala ke Likas Damai dan sebaik tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba seorang pejalan kaki dari arah sebelah kanan telah melintas ke kiri jalan.

“Disebabkan jarak yang dekat, pemandu cuba mengelak ke sebelah kiri, namun tidak sempat lalu terkena pada bahagian kanan hadapan kenderaan dan akibat daripada pelanggaran itu, kepala mangsa terhantuk di hadapan cermin sebelum jatuh di atas jalan lorong sebelah kiri, ” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah beliau lagi, kenderaan pemandu terbabas di bahu kiri jalan dan mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubata.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada  jam 7.55 pagi di lokasi kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|