Covid-19 Sabah: KK, Tuaran, Kota Belud, Ranau penyumbang tertinggi kes

Covid-19 Sabah: KK, Tuaran, Kota Belud, Ranau penyumbang tertinggi kes

Kota Kinabalu: Daerah dalam kumpulan ’empat serangkai’ iaitu Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud dan Ranau kembali menjadi penyumbang teratas kes harian Covid-19 di Sabah, hari ini.

Daripada 351 kes yang dilaporkan di seluruh negeri hari ini, daerah Kota Kinabalu menyumbang 59 kes, diikuti Tuaran (50), Kota Belud (41) dan Ranau (33).

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata daerah Papar, Penampang, Keningau, Beaufort dan Tenom turut mencatat kes dua angka tetapi masih di bawah 30 kes.

“Secara keseluruhan 22 daripada 27 daerah di Sabah hari ini mencatat di bawah 20 kes dengan 18 daripadanya mencatat kes satu angka.

“Tiada kes baharu di empat daerah iaitu Kalabakan, Kunak, Semporna dan Tongod,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Secara keseluruhan, Sabah jumlah kes Covid-19 di Sabah hari ini menyusut 23 kes daripada 374 kes semalam menjadikan jumlah jangkitan baharu di Sabah sebanyak 351 kes hari ini.

Masidi berkata, daripada 351 itu, sebanyak 341 kes atau 97 peratus berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2 iaitu tidak bergejala atau hanya mengalami gejala ringan.

Sementara itu, katanya seorang pesakit berada dalam Kategori 3 serta masing-masing dua pesakit dalam Kategori 4 dan Kategori 5.

“Dengan mengambil kira statistik kes harian di seluruh negara pada 3 Disember, kadar kebolehjangkitan Covid atau Rt bagi Malaysia ialah 0.97, manakala di Sabah 0.94,” katanya.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 4 Disember 2021
Sabah 351 (374)

Kota Kinabalu 59 (61)
Tuaran 50 (60)
Kota Belud 41 (24)
Ranau 33 (23)
Papar 26 (27)
Penampang 19 (12)
Keningau 19 (13)
Beaufort 19 (19)
Tenom 11 (19)
Kota Marudu 9 (23)
Kuala Penyu 8 (12)
Kudat 8 (7)
Lahad Datu 7 (6)
Tambunan 6 (3)
Telupid 6 (0)
Beluran 5 (3)
Sandakan 5 (19)
Sipitang 5 (1)
Pitas 5 (5)
Putatan 4 (16)
Tawau 3 (12)
Kinabatangan 2 (4)
Nabawan 1 (0)
Semporna 0 (1)
Kunak 0 (0)
Tongod 0 (3)
Kalabakan 0 (1)

Angka dalam kurungan adalah jumlah pada 3 Disember 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|