Wanita parah dihempap pintu pagar besi

Wanita parah dihempap pintu pagar besi

Kota Kinabalu: Seorang wanita parah selepas dihempap pintu pagar besi dalam kejadian di Taman Luyang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, pagar rumah berkenaan rebah selepas dilanggar sebuah kereta Proton Saga dipercayai hilang kawalan.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.25 pagi.

Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta yang melanggar pagar rumah yang kemudiannya menghempap seorang mangsa berusia 41 tahun.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah diberikan rawatan awal oleh pasukan ERMS sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Affendy berkata, pasukan operasi terpaksa menggunakan alat pemotong khas bagi mengalihkan pagar besi yang menghempap mangsa.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.58 pagi selepas kemerbahayaan lain dikesan di lokasi kejadian.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|