Wanita hanyut 40 kilometer ditemui meninggal dunia

Wanita hanyut 40 kilometer ditemui meninggal dunia

Ranau: Seorang wanita yang hilang selepas hanyut di sungai Kampung Lobou Lama, Timbua, di sini, ditemui meninggal dunia, hari ini.

Mangsa berusia 35 tahun itu ditemui di Sungai Ulu Sugut, Karagasan, di sini, yang terletak kira-kira 40 kilometer dari lokasi kejadian.

Mangsa ditemui lemas oleh penduduk Kampung Ulu Sugut Karagasan, kira-kira 40 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hanyut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.44 pagi tadi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan tiga anggota dan pegawai bersama sebuah kenderaan utiliti pacuan empat roda dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Elly Jumat ditemui penduduk kampung dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan polis yang turut hadir membantu di lokasi penemuan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, kawasan perkampungan tempat penemuan mangsa tidak mempunyai talian telefon dan litupan GIRN di lokasi.

Katanya, pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|