Vaksin untuk semua golongan termasuk ‘stateless’

Vaksin untuk semua golongan termasuk ‘stateless’

SEMPORNA: Program Vaksinasi Covid-19 negeri ini dilihat merangkumi semua golongan termasuklah kepada mereka yang dikenalpasti tidak mempunyai negara atau stateless people.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini memandangkan keutamaan adalah kesihatan awam dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan menolak mana-mana individu.

Beliau mentafsirkan bahawa tiada yang selamat sehingga semua pihak selamat dengan mereka perlulah menerima vaksin.

“Kita tidak akan selamat sehingga semua pihak selamat, bemaksud semua kena dapatkan vaksin lengkap termasuk mereka yang hanya menggunakan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan oleh kerajaan Negeri atau Ketua Kampung, walaupun takda kad pengenalan (MyKad) namun mereka semua perlu di vaksin,” katanya.

Khairy berkata demikian ketika mengadakan lawatang ke Pulau Larapan di Semporna pada Selasa dalam Program Outreach di pulau tersebut.

Menurutnya, tidak perlu banyak soal mereka datang dari mana bagaimana boleh berada di Negeri Sabah tetapi keutamaan ketika ini adalah untuk memberikan vaksin kepada semua pihak.

“Saya sendiri tanya mereka yang hadir program vaksin hari ini, ada yang mempunyai hanya surat pengesahan diri oleh pihak Ketua Kampung, oleh itu saya sudah bincang dengan pihak KKM agar mereka ini dibenarkan hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tanpa perlu banyak soal,” katanya.

Khairy juga memberitahu bahawa dos vaksin tunggal CanSino sememangnya disasarkan untuk golongan bukan warganegara di negeri Sabah bagi memudahkan mereka tidak perlu untuk mengambil dos kedua seperti vaksin yang lain.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|