Vaksin Sabah, Bung puas hati

Vaksin Sabah, Bung puas hati

Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berpuas hati dengan prestasi semasa proses pelaksanaan vaksin di negeri ini.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah itu berkata, setakat ini, seramai 200,648 individu telah menerima suntikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Setakat ini kita nampak peningkatan yang ketara bagi penerima Vaksin di negeri ini dan kita berharap sasaran seramai 268,000 penerima vaksin dapat dicapai bagi fasa kedua,” katanya.

Untuk rekod, Bung Moktar sebelum ini telah menyuarakan isu supaya pelaksanaan pemberian vaksin dipercepatkan di Sabah.

Ia termasuklah memberi kebenaran kepada pihak Kerajaan Negeri supaya membeli bekalan vaksin daripada PharmaNiaga.

“Kita telah dimaklumkan bahawa sudah ada hospital swasta di negeri ini melaksanakan program imunisasi Covid-19.

“Saya berharap lebih banyak lagi hospital swasta yang terlibat nanti,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|