Jangan sebar khabar angin

Jangan sebar khabar angin

Kota Belud: Orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan khabar angin ekoran kematian seorang lelaki yang juga anak ahli perniagaan, kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

Katanya, hasil siasatan, pihaknya juga tidak menemui sebarang petunjuk atau bukti membabitkan kes jenayah di lokasi kejadian atau tubuh badan mangsa.

“Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut. Tiada sebarang bukti ditemui membabitkan jenayah atau sebagainya.

“Masyarakat perlu faham, ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia masih berada dalam keadaan kesedihan. Jangan tambahkan lagi dengan berita yang tidak benar,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Dalam kejadian Rabu lalu, seorang lelaki yang juga anak ahli perniagaan sebuah syarikat perkapalan dan perhotelan terkemuka negeri ini, ditemui mati di rumahnya.

Mangsa berusia 42 tahun itu ditemui mati di dalam bilik tidur di rumahnya di Jalan Lintas, di sini, oleh ahli keluarga sebelum membuat laporan polis kira-kira jam 6 petang.

Susulan kematian mangsa itu, pelbagai komen dan reaksi timbul di media sosial hingga mengundang tanggapan yang tidak benar.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|