Lapan lagi rumah Abu Sayyaf dimusnahkan

Lapan lagi rumah Abu Sayyaf dimusnahkan

Beaufort: Sebanyak lapan lagi rumah berhampiran Taman Sri Arjuna, di sini, yang digunakan sebagai tempat persembunyian kumpulan Abu Sayyaf dimusnahkan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superitendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, operasi memusnahkan kawasan persembunyian berkenaan bagi menghapuskan sarang penempatan kumpulan militan itu sepenuhnya.


Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob memeriksa kawasan tempat persembunyikan kumpulan Abu Sayyaf.

Operasi khas pemusnahan itu dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort dengan kerjasama Majlis Daerah Beaufort dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Katanya, ini adalah operasi kedua memusnahkan rumah yang dijadikan tempat persembunyian kumpulan Abu Sayyaf sebelum ini.

“Rumah yang dimusnahkan ini dipercayai menjadi tempat persembunyian yang menempatkan 38 orang.

“Rumah ini dibina mengikut kepada teknik perang gerilla yang sukar dikesan walaupun menerusi pemantauan udara,” katanya ketika.

Sehubungan itu, Yusoff Zaki berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung ahli militan Aabu Sayyaf diminta tampil membantu demi menjaga keselamatan negara.

Secara keseluruhan setakat ini, 14 buah rumah sudah dimusnahkan dan operasi fasa ketiga dijangka akan diteruskan dalam masa terdekat.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|