Pemandu nyaris maut, lori terbalik rempuh pokok

Pemandu nyaris maut, lori terbalik rempuh pokok

Penampang: Seorang lelaki nyaris maut selepas lori 10 tan yang dipandunya terbalik selepas terbabas dan merempuh pokok di kawasan kuari Kampung Madsiang, Jalan Penampang Babagon, pagi tadi.

Pemandu lelaki berusia 51 tahun itu hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) Kota Kinabalu, untuk rawatan lanjut.

Keadaan lori 10 tan dipandu mangsa terbalik selepas merempuh pokok.

Difahamkan, lori muatan batu itu dikatakan hilang kawalan lalu merempuh pokok sebelum terbalik.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Jamaludin Hussin berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan jam 8.46 pagi itu, sepasukan bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba sebuah lori 10 tan dengan muatan batu terbalik. Pasukan bomba kemudian memberi rawatan awal ke atas pemandu terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, selepas memastikan lokasi kejadian selamat, operasi ditamatkan jam 9.26 pagi.

– Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|