Kluster Kopi Blues di Tawau

Kluster Kopi Blues di Tawau

Kota Kinabalu: Satu kluster baharu dikesan hari ini di Sabah melibatkan kes indeks seorang suri rumah di Mukim Sri Tanjung, Tawau.

Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster yang dikenali sebagai Kluster Kopi Blues itu dikesan pada 9 Jun lalu.

“Kluster Kopi Blues, Tawau ini melibatkan jangkitan dalam komuniti di Mukim Sri
Tanjung daerah Tawau.

“Kes indeks merupakan suri rumah, 46, dari Kg Lorong Saddani, Batu Dua yang disahkan positif melalui saringan bergejala pada 9 Jun lalu
bersama anaknya.

“Daripada 20 sampel yang telah diambil menerusi saringan kontak rapat dan kontak sosial, 10 sampel dikesan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 12 kes,” katanya.

Mengulas lanjut, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah itu berkata, hasil saringan susulan, dua sampel didapati negatif manakala enam sampel masih menunggu keputusan.

“Siasatan awal mendapati semua kontak telah menghadiri perjumpaan di Kg Kopi Blues Batu 2, iaitu rumah keluarga mereka sempena majlis pengebumian dan tahlil pada 29 Mei lalu.

“Aktiviti pengesanan kontak rapat dan mengenal pasti punca jangkitan sedang giat dijalankan,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, beliau berkata, jumlah kes positif baharu di Sabah pada hari ini mencatatkan sebanyak 309 kes.

“Enam kes kematian direkodkan hari ini iaitu dua kes di daerah Tawau, Semporna (1) kes, Sandakan (1) kes, Kuala Penyu (1) kes dan Beaufort (1) kes,” katanya.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|