MAGERAN… langkah terbelakang: Penerangan AMK Sabah

MAGERAN… langkah terbelakang: Penerangan AMK Sabah

Kota Kinabalu: Cadangan kerajaan ala Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) diwujudkan langkah terbelakang dalam mengembalikan demokrasi negara.

Pandangan itu dilontarkan oleh Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Sabah, Razeef Rakimin yang menyifatkan langkah terbabit akan mewujudkan satu lagi ‘diktator’.

“Saya mengambil maklum akan cadangan mantan Perdana Menteri Malaysia dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencadangkan agar MAGERAN diwujudkan semula untuk mengambil alih sementara urusan pentadbiran kerajaan Malaysia dalam menangani krisis negara.

” Pada pandangan saya ini merupakan langkah ke belakang dalam mengembalikan demokrasi di negara ini dan hanya akan mewujudkan satu lagi diktator.

” Saya juga melihat tidak ada keperluan pelaksanaan semula MAGERAN kerana krisis wabak dan ekonomi ini boleh ditangani bersama melalui perbincangan dalam dewan Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan medianya hari.

Sebelum ini, Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Tun Mahathir Mohamad mencadangkan penubuhan kerajaan ala MAGERAN ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Khamis.

Laporan daripada akhbar nasional turut menyentuh cadangan itu dikemukakan bagi langkah penyelesaian beberapa masalah di dalam negara ketika ini.

Kerajaan MAGERAN diwujudkan adalah pada tahun 1969 selepas pengisytiharan darutat susulan tragedi 13 Mei.

MAGERAN bagaimanapun dibubar selepas 23 Februari 1971.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|