Usaha santuni masyarakat miliki rumah sendiri terus diutamakan kerajaan: Yakub

Usaha santuni masyarakat miliki rumah sendiri terus diutamakan kerajaan: Yakub

Kota Kinabalu: Usaha untuk menyantuni golongan berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan berkata, Program Perumahan Rakyat (PPR) dilihat mekanisme bertepatan untuk membantu rakyat yang tergolong dalam berpendapatan rendah.

Majlis penyerahan kunci Rumah PPR kepada golongan asnaf.

“Sebagai sebuah kerajaan yang perihatin, tentu sahaja kita akan terus menyantuni mereka yang berpendapatan rendah ini mampu memiliki rumah sendiri.

“Jika dahulu, kita mempunyai konsep seperti PPR dan kalau boleh, kita mahu ia ditingkatkan lagi kerana ia sudah terbukti merupakan mekanisme terbaik untuk menyelesaikan permasalahan golongan berpendapatan rendah ini dengan adanya bantuan daripada kerajaan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai itu berkata demikian selepas majlis penyerahan kunci Rumah PPR kepada golongan asnaf di Bukit Payung, Telipok, dekat sini, hari ini.

Sementara itu, Yakub turut berkata, sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu para penduduk tempatan yang kurang berkemampuan di Karambunai untuk memiliki kediaman sendiri.

“Kita berusaha sebaik mungkin untuk membantu penduduk karambunai yang tiada kemampuan untuk mendapatkan kediaman yang mereka idamkan.

“Saya juga berharap kerajaan negeri dan juga persekutuan dapat menambah peruntukkan untuk membantu rakyat yang tiada kemampuan untun mendapatkan rumah,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Yakub yang juga Ketua UMNO Bahagian Sepanggar turut berkesempatan merasmikan program Back To School anjuran UMNO Cawangan King Fisher, Sepanggar.

Yakub merasmikan program Back to School anjuran UMNO Cawangan King Fisher.

Program tersebut antara lain untuk membantu mengurangkan bebanan golongan ibu bapa bersempena musim pembukaan sekolah pada tahun hadapan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|