UMNO Sabah yakin prestasi calon ‘humble’ BN Melaka

UMNO Sabah yakin prestasi calon ‘humble’ BN Melaka

Melaka: UMNO Sabah terus menyantuni ‘humble person’ calon Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (DUN Telok Mas) yang bertanding untuk tiket BN di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Menurut Ketua Penerangan UMNO Sabah, merangkap Pengarah Operasi Jentera Umno Sabah PRN Melaka, Datuk Raime Unggi, berbekalkan semangat juang tinggi, pihaknya kini galak menjalankan aktiviti memancing undi secara norma baharu bagi memenangkan calon berkenaan di kawasan DUN tersebut.

Beliau berkata, momentum semasa calon, Abdul Razak ketika mengadakan aktiviti tersebut dilihat bertepatan kehendak pengundi setempat yang turut mesra dan cekap berinteraksi.

“Jadi, kami berharapkan dengan semangat Radu Tatap Radu UMNO Sabah, kita dapat membantu memenangkan calon BN untuk DUN Teluk Mas ini.

“Kalau dilihat sejak semalam, meskipun cuaca agak lembab di kawasan DUN ini, calon (Abdul Razak) tidak putus-putus mengadakan kunjungan awam dan tetap menerima sambutan hangat dikalangan penduduk setempat,” katanya.

Untuk rekod, kerusi Telok Mas bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru pada 20 November ini.

Selain Abdul Razak, turut bertanding adalah Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, Setiausaha Amanah Melaka, Datuk Ashraf Mukhlis Minghat dan Muhammad Ariff Adly Mohammad (Bebas).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|