Kuala Lumpur: UMNO Sabah tampil menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam dan Kampung Labohan Dagan, Banting, yang terjejas teruk dalam kejadian banjir terburuk di Selangor.
Misi bantuan berkenaan turut disertai ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang berkesempatan menyampaikan bantuan kepada mangsa.
“Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, sedih dan pilu melihat kesengsaraan yang mereka hadapi.
“Sama-sama kita doakan semoga mereka semua tabah dan sabar menghadapi dugaan dari Allah,” katanya dalam hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini.
Terdahulu, beberapa negeri di Semenanjung kini terjejas teruk akibat banjir bukan saja menyebabkan kehilangan harta benda tetapi juga nyawa.
-Deasoka