Tun Sakaran meninggal dunia

Tun Sakaran meninggal dunia

Kota Kinabalu: Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pagi ini.

Tun Sakaran yang juga bekas Ketua Menteri Sabah dilapor meninggal dunia pada jam 6 pagi tadi.

Perkara itu disahkan anaknya, Datuk Seri Nasir Sakaran.

“Ya benar ayah kami sudah meninggal dunia pagi ini.

“Pihak hospital baru sahaja menghubungi pihak keluarga sebentar tadi.

“Jenazah akan diuruskan di Masjid Negeri dan akan dimakamkan di Makam Pahlawan,” katanya.

Allahyarham sebelum ini dilaporkan dimasukkan ke Hospital Gleneagle Kota Kinabalu sejak 18 Ogos lalu selepas dijangkiti Covid-19.

Bagaimanapun, keadaan beliau dikatakan menunjukkan perkembangan positif selepas itu sebelum dilapor meninggal dunia pagi ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|