Tun Juhar terima kunjungan hormat

Tun Juhar terima kunjungan hormat

Kota Kinabalu: Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat daripada Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Datuk Dr Taufiq Yap Yun di Istana Negeri, hari ini.

Kunjungan hormat itu diadakan bagi memaklumkan perkembangan dan pembangunan semasa UMS.

Ia termasuk penubuhan tiga fakulti baharu iaitu Fakulti Perhutanan Tropika, Fakulti Pengajian Islam dan Akademik Seni dan Teknologi Kreatif.

Dr Taufiq turut memaklumkan Yang Dipertua Negeri mengenai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UMS yang kini dibuka secara jumpa terus dengan peruntukan 3,000 dos vaksin sehari.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Negeri turut menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Majlis Guru Besar Sandakan, Awang Damit Ayob.

Dikesempatan itu, Tun Juhar turut diperkenalkan dengan ahli-ahli yang baharu dilantik pada Mac lalu.

Selain itu, sesi berkenaan turut berkesempatan membincangkan peranan majlis berkenaan bagi meningkatkan taraf pendidikan di peringkat daerah Sandakan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|