Tujuh kru bot pukat tunda ditahan, langgar syarat lesen

Tujuh kru bot pukat tunda ditahan, langgar syarat lesen

Kota Kinabalu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot pukat tunda bersama tujuh kru warga Indonesia di kedudukan 11 batu nautika Tenggara Pulau Mantanani, di sini, semalam.

Bot berkenaan ditahan kerana menangkap ikan tanpa lesen dan permit yang sah di perairan daerah ini.

Tujuh kru Indonedia ditahan kerana melanggar syarat lesen menangkap ikan di perairan Kota Kinabalu. Pix Ihsan Maritim Malaysia

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksmana Pertama Maritik Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, bot pukat tunda berkenaan ditahan oleh kapal peronda maritim bagi tujuan pemeriksaan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati tujuh kru warga Indonesia berusia lingkungan 21 hingga 44 tahun bekerja di atas bot berkenaan.

Bot dan kru dibawa ke Jeti Maritim Sepanggar untuk tindakan lanjut. Pix Ihsan Maritim Malaysia

“Pemeriksaan mendapati dua dari kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

“Seterusnya pemeriksaan dokumentasi lesen bot dan lesen perikanan telah tamat tempoh manakala kru bot gagal mempamerkan lesen asal bot berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Mohd Rosli berkata, selain itu, mereka gagal mempamerkan sijil kebenaran menggunakan peralatan radio dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Bot dan kru ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Sepanggar untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|