Covid-19 Sabah: Kedudukan kes bertambah baik hari ini

Covid-19 Sabah: Kedudukan kes bertambah baik hari ini

Kota Kinabalu: Kedudukan kes Covid-19 di Sabah bertambah baik hari ini dengan jumlah terbaharu sebanyak 161 kes, turun 41 kes daripada 202 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata hanya tujuh daerah mencatat jumlah kes baharu dua angka.

“Daerah terbabit ialah Tuaran (27), Kota Kinabalu (24), Papar (12), Penampang (12), Kota Belud (12), Putatan (11) dan Sandakan (10).

“Enam daerah masing-masing mencatat satu kes sahaja hari ini dan tiada kes baharu di tiga daerah iaitu Kunak, Sipitang dan Kalabakan,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Sementara itu, Masidi berkata, sebanyak 155 orang daripada 161 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala tiga orang dalam Kategori 3 serta masing-masing satu kes dalam Kategori 4 dan Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 23 Disember 2021
Sabah 161 (202)

Tuaran 27 (31)
Kota Kinabalu 24 (43)
Papar 12 (9)
Penampang 12 (8)
Kota Belud 12 (15)
Putatan 11 (5)
Sandakan 10 (17)
Beaufort 9 (10)
Ranau 6 (17)
Tenom 6 (5)
Tambunan 5 (5)
Kota Marudu 5 (8)
Tongod 5 (2)
Kuala Penyu 3 (3)
Semporna 2 (3)
Beluran 2 (3)
Keningau 2 (6)
Kudat 2 (0)
Telupid 1 (0)
Lahad Datu 1 (3)
Kinabatangan 1 (1)
Nabawan 1 (1)
Pitas 1 (2)
Tawau 1 (1)
Kunak 0 (0)
Sipitang 0 (4)
Kalabakan 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 22 Disember 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|