100 keluarga terima bakul makanan TH di Sipitang

100 keluarga terima bakul makanan TH di Sipitang

Sipitang: Seramai 100 keluarga terdiri daripada golongan asnaf dan B40 di daerah ini menerima sumbangan bakul makanan Tabung Haji (TH) yang bernilai RM10,000.

Sumbangan itu disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary di Masjid Pekan Sipitang, di sini, hari ini.

Ahmad Marzuk menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di Masjid Pekan Sipitang, Sipitang.

Menurut beliau, kerajaan terus prihatin dengan nasib rakyat khususnya golongan asnaf dan B40 terutama ketika negara dilanda pelbagai musibah.

“Menerusi sumbangan bakul makanan ini, diharap dapat meringankan serba sedikit bebanan yang ditanggung semua,” katanya selepas menyampaikan sumbangan berkenaan, di sini.

Yang turut hadir ialah Pengarah TH Wilayah Sabah dan Sarawak, Datin Nurlaila Said.

TH memperuntukkan kira-kira RM100 kepada 100 keluarga penerima dan sumbangan itu terdiri daripada pelbagai barangan keperluan asas seperti beras, minyak, tepung, gula, biskut, susu krimer manis, sardin, bihun dan mi segera.

Sementara itu, sempena lawatan kerja rasmi Ahmad Marzuk bermula semalam hingga 30 Disember ini, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri merangka pelbagai program menyantuni rakyat sepanjang beliau berada di negeri ini.

Terdahulu, sejak Januari hingga Disember tahun ini, TH menjalankan sebanyak 17 program yang juga sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) agensi berkenaan.

Kesemua program membabitkan peruntukan lebih RM19 juta dengan antara yang dilaksanakan ialah Program A’fiat, Iqra’ TH-IPTA dan Program Mobiliti.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|