Tuduhan terhadap Suhaili disifat dangkal

Tuduhan terhadap Suhaili disifat dangkal

Kota Kinabalu: Tohmahan yang dilempar pihak AMK PKR terhadap Pengarah Eksekutif MARA Corp, Datuk Suhaili Abdul Rahman disifatkan dangkal.

Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Membakut, Awang Hazim Awang Basir berkata, tuduhan yang dibuat oleh Ketua AMK PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir itu juga diibaratkan sebagai menekap mata dan telinga’ enggan mendapatkan maklumat sebenar.

“Pelantikan Suhaili menyandang lima jawatan dalam MARA adalah atas kapasiti beliau sebagai Pengarah Eksekutif MARA Corp dan sebagai ahli pengurusan syarikat-syarikat MARA Corp.

” Menjadi kelaziman untuk mana-mana pengarah eksekutif sebuah syarikat induk dilantik sebagai salah seorang pengarah dalam anak syarikatnya seperti mana berlaku di syarikat lain.

” Ia bukan suatu perkara luar biasa serta pelanggaran integriti, “katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Terdahulu, Akmal Nasrullah atau lebih dikenali sebagai Akmal Nasir menerusi satu kenyataan di ibu negara mempersoalkan tindakan Suhaili yang memegang beberapa jawatan di dalam anak syarikat MARA Corp.

Sementara itu, Awang Hazim berkata, meskipun Suhaili merupakan orang politik selaku Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kewibawaannya itu diyakini dapat memberikan nilai tambah kepada pengurusan subsidiari tersebut.

“Ini apabila pelantikan yang dibuat bukan sahaja atas dasar ekonomi, malah turut mengambil kira faktor sosial apabila sebahagian besar aktiviti komersial syarikat berkait rapat dengan polisi kerajaan seperti pendidikan.

” Mengamati satu persatu dakwaan Akmal Nasir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru itu, sebenarnya tiada satu pun hujah berasas apabila beliau mempergunakan isu ‘salah guna kuasa dan membangkitkan soal pulangan atau elaun’ diterima oleh Suhaili,” katanya.

Tambahnya, mengenai dakwaan salah guna kuasa, Awang Hazim turut mempersoalkan pengetahuan am Akmal Nasir mengenai anak syarikat MARA tidak disenaraikan di Bursa Malaysia.

” Mengikut The Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) iaitu berkenaan kod etika komposisi pelantikan ahli-ahli pengarah syarikat, ia tidak terpakai sama sekali dalam kalangan anak syarikat agensi tersebut.

” Meskipun kod tidak terpakai, itu tidak bermakna anak syarikat MARA dan MARA Corp tidak telus.

” Ia memandangkan mereka sentiasa menjadikan MCCG sebagai sumber rujukan utama dalam usaha meningkatkan ketelusan syarikat, di samping merujuk dengan menggunapakai amalan The Green Book Structuring A High Performance Board diterbitkan Khazanah,” katanya.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|