Gagal seludup 4,000 kilogram ketam bakau

Gagal seludup 4,000 kilogram ketam bakau

Tawau: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Tawau menggagalkan cubaan penyeludupan ketam bakau hidup bernilai RM80,000 dari negara jiran dalam operasi Op Cegah PATI di perairan daerah ini, pagi tadi.

Bot jongkong bersama muatan 4,000 kilogram ketam bakau hidup itu ditahan kapal ronda KM Kapas pada kedudukan dua batu nautika tenggara dari muaran Sungai Tawau, kira-kira jam 8 pagi.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata, pemeriksaan ke atas bot jongkong yang dikendalikan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun menemui kotak-kotak berisi ketam bakau hidup.

“Kotak berisi ketam bakau hidup dianggarkan seberat 4,000 kilogram disyaki diseludup masuk dari negara jiran.

“Nilai ketam dianggarkan RM80,000 dan keseluruhan rampasan termasuk bot jongkong RM120,000,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Katanya, pemeriksaan lesen juga mendapati ia adalah lesen dai vesel berlainan berikutan nombor pendaftaran pada lesen berbeza dengan nombor pendaftaran pada bot dan soal siasat lelaki itu juga mengaku menerima upah bagi membawa ketam itu daripada pemilik bot.

“Kita percaya terdapat segelintir pengusaha mengambil jalan mudah bagi mengaut keuntungan berganda dengan melaksanakan pemindahan hasil laut dari bot asing ke bot tempatan secara sembunyi di kawasan sempadan agar hasil laut berkenaan dapat dibawa masuk tanpa melalui prosedur import dan eksport yang sah.

“Juragan bersama bot dan barang rampasan ditahan dan diiringi ke Jeti Maritim Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 dan Akta Perikanan 1985,” katanya.

Sementara itu, beliau menggesa pengusaha serta pemilik bot supaya tidak menggunakan jalan mudah dengan mengabaikan peraturan dan undang-undanh yang digazetkan oleh pihak kerajaan demi mengaut keuntungan berganda.

Katanya, tindakan tegaa akan diambil tanpa kompromi terhadap semua perlanggaran undang-undang dalam memastikan perairan negara kekal aman dan selamat untuk semua.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|