Dua bekas pegawai pemasaran Bank Rakyat mengaku bersalah

Dua bekas pegawai pemasaran Bank Rakyat mengaku bersalah

Kota Kinabalu: Dua bekas Pegawai Pemasaran (BR-Smart) Bank Rakyat mengaku bersalah di Mahkamah Khas Rasuah, Kota Kinabalu, hari ini, atas tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk meluluskan pinjaman peribadi seorang individu lima tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh Mohd Hazrie Nor Ghazali, 30, dan Ridwuan Ahmad, 31 didenda masing-masing RM10,500 atau empat bulan penjara oleh Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu penyata bank bagi meluluskan pinjaman peribadi Nur Azneza Atiqah Mudi antara Julai dan September 2016 di Bank Rakyat Cawangan Kota Kinabalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di mengikut Seksyen 465 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam PJ Perira manakala pihak pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rekhraj Singh dan Nartiah Sambatan.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|