Tiga pusat pemberian vaksin ditutup

Tiga pusat pemberian vaksin ditutup

Kota Kinabalu: Operasi di tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ditutup secara rasminya bermula hari ini.

Tiga PPV berkenaan adalah PPV Dewan Mini Putrajaya, PPV Dewan Manggatal dan PPV Wisma Wanita.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan, semua penerima yang sepatutnya menerima vaksin di ketiga-tiga PPV ini akan menerima notifikasi baharu di Aplikasi MySejahtera masing-masing.

Katanya, mereka akan menjalani penerimaan vaksin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.

“Mulai esok, 11 Oktober, semua penerima yang sepatutnya menerima dos ke dua vaksin Covid-19 di ketiga-tiga PPV ini akan diarahkan untuk menerima vaksinasi di PPV SICC.

“Bagi penduduk di sekitar Kota Kinabalu yang belum menerima vaksinasi Covid-19 bolehlah pergi secara ‘Walk In’ ke PPV SICC atau Klinik Klinik Kesihatan yang berhampiran,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|