Kota Kinabalu: Tiga maut manakala tiga lagi mangsa terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Forest Hill, Kota Kinabalu.
Antara yang meninggal dunia adalah bayi berusia 8 bulan dikenali sebagai Dayana Zulazmil, ibunya Salmah Hamid, 25, dan kanak-kanak perempuan Rosatima Asbirin, 5, tahun.
Tiga lagi yang terselamat adalah Risdah Jabin, 22, bersama dua lagi kanak-kanak yang dikenali sebagai Norsirah Asbirin berusia tiga tahun serta Juliana Zulazmil, berusia setahun.
Kejadian dilaporkan berlaku pada kira-jam 3.30 petang tadi dan semua mangsa maut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Semua mangsa yang terselamat kini mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth II (HQEII).
Manakala semua mangsa yang maut dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQEI) untuk ujian saringan Covid-19 dan proses bedah siasat.
-Deasoka