Tiga kluster baharu di daerah Tawau

Tiga kluster baharu di daerah Tawau

Kota Kinabalu: Tiga kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini melibatkan penularan jangkitan di kalangan komuniti.

Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ketiga-tiga kluster tersebut dicatatkan di daerah Tawau dengan merekodkan sekurang-kurangnya 56 kes positif.

“Kluster dimaksudkan adalah Kluster Batu Keramat-Tawau, Kluster Unipark-Tawau dan Kluster Lahat-Lahat-Tawau.

“Aktiviti pengesanan kontak masih dijalankan bagi ketiga-tiga kluster baharu ini,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, jumlah kes positif baharu Covid-19 pada hari ini adalah sebanyak 776 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 82,620 kes.

“Lapan kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu empat kes di Kota Kinabalu manakala Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Beaufort masing-masing mencatatkan satu kes.

“Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|