Tiga kenderaan bertembung, seorang maut, lima cedera

Tiga kenderaan bertembung, seorang maut, lima cedera

Tawau: Seorang maut manakala lima lagi cedera dalam kejadian kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Apas berhampiran Kampung Nasip Kita, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.50 petang itu, kemalangan melibatkan dua kereta Toyota Vios dan sebuah Proton Saga yang bertembung itu membabitkan seramai tujuh mangsa berusia 26 hingga 61 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.57 petang.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama sebuah jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, terdapat mangsa yang masih berada di dalam kenderaan dan usaha membantu mengeluarkan mangsa terus dijalankan.

“Semua mangsa mengalami kecederaan kemudiannya diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS di lokasi kejadian,”katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

John berkata, mereka kemudiannya dihantar ke hospital menaiki Ambulans dan jentera EMRS untuk mendapat rawatan selanjutnya.

Katanya, seorang wanita berusia 27 tahun yang juga penumpang Toyota Vios berwarna biru disahkan meninggal dunia manakala pemandu kenderaan berkenaan patah kaki kiri.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan terus diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Semua mangsa mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Tawau menaiki ambulans dan jentera EMRS untuk mendapat rawatan selanjutnya,” katanya.

John berkata, seorang lagi lelaki berusia 61 yang memandu sebauh lagi Toyota Vios tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat pada jam 3.44 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|