Hajiji terima teks ucapan Belanjawan Sabah 2022

Hajiji terima teks ucapan Belanjawan Sabah 2022

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Menteri Kewangan negeri hari ini menerima teks ucapan Belanjawan Negeri 2022 daripada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri (MOF), Datuk Rusdin Riman.

Majlis ringkas penyampaian teks ucapan Bekanjawan Negeri 2022 itu berlangsung di pejabat Kementerian Kewangan Sabah di Menara Kinabalu.

Hajiji akan membentang Belanjawan Negeri Sabah 2022 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada jam 3 petang esok.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Masidi Manjun; Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Jasnih Daya dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan negeri, Fairuz Renddan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|