Tiga individu direman tujuh hari bantu siasatan SPRM

Tiga individu direman tujuh hari bantu siasatan SPRM

Tawau: Tiga Individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan perjudian haram direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan lanjut.

Ketiga-tiga berusia 23 hingga 57 tahun itu yang dibawa ke Mahkamah Majistret Tawau diperintahkan menjalani tahanan reman sehingga 27 Jun ini oleh Majistret Dzul Elmy Yunus.

Semua suspek direman bagi membantu siasatan selepas dipercayai memberi rasuah kepada anggota agensi penguatkuasa bagi melindungi kegiatan mereka.

Prosiding dikendalikan Pegawai Pendakwa, Mohd Ahmad Yasser Hussin manakala ketiga-tiga individu terbabit tidak diwakili peguam.

Menurut laporan sebelum ini, SPRM Sabah menahan ketiga-tiga suspek dalam satu serbuan di sebuah premis bandar Tawau kira-kira jam 11 pagi Isnin.

Hasil daripada penahanan itu, SPRM turut merampas wang tunai sebanyak RM40,000 dan menyita empat akaun bank membabitkan nilai RM300,000 dipercayai hasil kegiatan judi haram.

– Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|