Tewas tapi Sabah FC dapat pengalaman berharga

Tewas tapi Sabah FC dapat pengalaman berharga

Johor Bahru: Walaupun tewas 0 – 2 kepada JDT II dalam perlawanan persahabatan kedua malam tadi, namun ia memberikan pengalaman berharga buat Sabah FC.

Ketua Jurulatihnya Kurniawan Dwi Yulianto berkata, Sabah FC sengaja menurunkan pemain yang jarang bermain untuk dua sebab iaitu ‘match fitness’ serta confident level mereka.

Katanya, menentang pasukan JDT II memerlukan mereka bermain dalam ‘high pressure’ sekali gus ingin melihat bagaimana mereka keluar daripada tekanan berkenaan.

Aksi perlawanan persahabatan kedua Sabah FC menentang JDT II, malam tadi.

“Ternyata memang banyak sekali yang harus kita perbaiki. Ini perlu diambil perhatian bagaimana mereka (pemain) harus lebih confident tidak cepat hilang bola.

“Saya percaya dengan kemampuan para pemain, mereka sebenarnya bisa tapi memang berat la.. sebab game pertama mereka ini tentu pemain akan merasa tekanan,” katanya.

Kurniawan berkata, bukan keputusan perlawanan yang dilihat tetapi bagaimana mereka (pemain) keluar daripada tekanan untuk perlawanan seterusnya menentang PJ City FC nanti.

Mengulas mengenai corak permainan Josip (Yoyo) dan Nazirul, menurutnya, kedua-dua pemain ini perlu mencipta keserasian segera bersama pasukan Sabah FC.

“Terus terang kami masih punya expectation yang lebih tinggi melihat game yang pertama dan berharap di game sebenarnya nanti lawan PJ City FC mereka perform dengan kemampuan terbaik mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Kurniawan berpuashati corak permainan dan prestasi empat pemain daripada skuad U22 sekali gus mereka mempunyai masa depan yang baik bersama pasukan senior.

“So far saya puas hati kerana mereka bisa menyatu dengan pemain yang lain mereka tidak nervous.. kemudian mengerti apa yang jadi game plan kita. Jadi mereka punya harapan yang sangat baik ke depan, tinggal saja di mana mereka kerja lebih keras lagi,” katanya.

Kurniawan menambah, beliau sudah mempunyai percaturan untuk menurunkan kesebelasan utama menentang PJ City FC kelak.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|