Terganggu tangisan anak, lelaki tampar ugut bunuh isteri

Terganggu tangisan anak, lelaki tampar ugut bunuh isteri

Beaufort: Tertekan dengan bunyi tangisan anak, seorang lelaki tergamak membelasah isteri serta anak lelakinya berusia setahun dalam kejadian di Kampung Membakut Jaya, di sini, semalam.

Malah dalam kejadian jam 3 petang itu, ketika mengamuk, suspek berusia 27 tahun turut mengugut bunuh dan mahu menggantung isterinya.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat oleh isterinya berusia 23 tahun di Balai Polis Membakut, pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian berlaku pertengkaran diantara mangsa dan suaminya yang berpunca daripada anaknya menangis menyebabkan suspek marah kerana merasa terganggu ketika hendak tidur.

“Suspek turut memukul anaknya hingga berlaku pertengkaran kerana mangsa menegur perbuatan suspek terbabit.

“Suspek yang berang lalu mengamuk dan menampar serta mengatakan mahu bunuh dan juga menggantung isterinya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Yusoff berkata, mangsa yang sakit dipipi kemudian dirujuk ke Hospital Beaufort untuk rawatan lanjut.

“Selepas kejadian itu, suspek keluar rumah dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya.

– Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|