Peruntukkan ADUN Pembangkang ditarik balik, kenyataan berniat jahat: Firdaus

Peruntukkan ADUN Pembangkang ditarik balik, kenyataan berniat jahat: Firdaus

Kota Kinabalu: Kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden Warisan, Datuk Junz Wong berhubung peruntukkan pembangkang ditarik balik disifatkan berniat jahat.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata, pihaknya menempelak Junz dalam satu kenyataan yang dimuat naik di dalam Facebook beliau dengan mendedahkan peruntukkan berkenaan diberikan kepada Ketua Bahagian Bersatu.

Menurut beliau, kenyataan terbabit dilihat cuba mewujudkan keadaan negatif di dalam pentadbiran negeri Sabah.

“Yang Berhormat (YB) Junz Wong jangan pura-pura lupa dengan peruntukkan RM100,000 kepada setiap ADUN pembangkang beberapa bulan dahulu untuk mereka membantu rakyat di kawasan masing-masing.

” Kerajaan WARISAN sewaktu menerajui kerajaan Sabah tidak pernah memberikan sebarang peruntukkan kepada ADUN-ADUN pembangkang untuk disalurkan ke kawasan masing-masing,” katanya.

Firdaus berkata demikian dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Terdahulu, beliau berkata, Junz pada semalam telah membuat satu kenyataan di laman Facebooknya dengan dakwaan peruntukkan ADUN-ADUN Pembangkang negeri telah ditarik balik serta diberikan kepada Ketua-Ketua Bahagian Bersatu di Sabah.

“Sebagai seorang Wakil Rakyat, dia harus matang dan berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

” Setiap ayat yang dilontarkan itu boleh mencerminkan jenis kepimpinan pemimpin itu sendiri.

“Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) cukup memahami dan mendalami masalah-masalah rakyat Sabah ketika dalam mengharungi pandemik COVID-19 ini.

” Ini terbukti dengan pelbagai bantuan yang telah disalurkan dan yang akan di salurkan tidak lama lagi, “katanya.

Tegas Firdaus, sebagai seorang wakil rakyat yang mencintai negeri Sabah, seharusnya Junz bersama-sama membantu untuk membangunkan masyarakat dan negeri tercinta ini, bukannya menjadi tukang cerita yang membawa cerita karut dan tidak berfaedah.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|