Shahelmey cadang 10 peratus unit PPR diguna penempatan mangsa bencana

Shahelmey cadang 10 peratus unit PPR diguna penempatan mangsa bencana

Kota Kinabalu: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya memberi cadangan supaya 10 peratus unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) digunakan untuk penempatan sementara bagi mangsa bencana di negeri ini.

Pandangan peribadi itu dilontarkan beliau bagi mencari mekanisme membantu mereka yang terkesan akibat bencana dihadapi.

Jelas beliau, ini terutamanya kepada mangsa kebakaran yang dilihat mengambil masa untuk mencari penempatan baharu.

“Cadangan yang saya kemukakan baru-baru ini adalah satu cadangan bersikap peribadi yang akan dicadangkan kepada pihak Kerajaan untuk memberi ataupun menyediakan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada unit PPR yang ada untuk diguna pakai apabila ada kejadian bencana.

“Ia boleh melibatkan mana-mana mangsa bencana tetapi kita melihat mangsa kebakaran ini lebih berkaitan kerana selepas terbakar, untuk mereka mendapat tempat ataupun membina semula rumah akan memakan masa yang agak lama.

” Ini berbanding sekiranya bencana seperti banjir dan sebagainya dimana tempoh bencana itu berlaku mungkin dalam tempoh yang agak singkat, “katanya.

Shahelmey juga berharap cadangan itu dapat dijadikan polisi setiap PPR yang ada di daerah-daerah untuk memenuhi keperluan rakyat yang menghadapi bencana.

“Saya mencadangkan bahawa ia menjadi satu polisi dimana setiap daerah yang ada PPR mengguna pakai polisi tersebut.

“Jadi apabila ada PPR yang dibina di setiap daerah, ianya tidak diisi sepenuhnya.

” Buat peruntukan lima peratus hingga 10 peratus kosong untuk tujuan dipanggil penempatan transit kepada mangsa-mangsa yang terlibat bencana” katanya.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|