Sabah catat 248 Covid-19 baharu

Sabah catat 248 Covid-19 baharu

Kota Kinabalu: Sabah mencatat jumlah positif Covid-19 baharu sebanyak 248 kes dengan empat kes kematian.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, dalam kenyataannya malam ini berkata, terdapat peningkatan 64 kes hari ini, berbanding 184 kes yang direkodkan, kelmarin.

Katanya, daripada 248 kes jangkitan baharu hari ini, 85 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat manakala 108 kes adalah daripada saringan kluster.

“Selain itu, 32 kes adalah saringan bergejala dan 10 kes daripada saringan bersasar serta 13 kes daripada lain-lain kes.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, daerah Kota Kinabalu mencatatkan kes agak tinggi susulan saringan daripada lima kluster sedia ada iaitu sebanyak 27 kes manakala 17 kes dikesan daripada Kluster Coral.

“Manakala peningkatan yang dicatatkan bagi Papar menerusi Kluster Kg Gusi yang merekodkan 44 kes baharu.

“Empat kes kematian direkodkan hari ini dan dua di Tawau manakala Kunak dan Kota Kinabalu masing-massing satu kes,” katanya.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|