Tangkap ular telan anak kambing

Tangkap ular telan anak kambing

Beaufort: Anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort menangkap seekor ular sepanjang 3.7 meter dipercayai baru menelan anak kambing di Kampung Suasa, di sini, tengah hari tadi.

Kejadian itu disedari oleh pemilik kambing berkenaan sebelum bertindak menghubungi bomba kira-kira 12.34 tengah hari.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan itu, sepasukan bomba dari BBP Beaufort diketuai Awang Dinin Awang Ajak bergegas ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba menangkap kambing yang menelan seekor anak kambing di Kampung Suasa, Beaufort.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati seekor ular sawa berada di dalam kandang kambing.

“Hasil pemeriksaan mendapati ular sepanjang 3.7 meter itu menelan seekor anak kambing,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba kemudian menggunakan peralatan khas untuk menangkap ular berkenaan.

“Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum ular yang menelan anak kambing berjaya ditangkap.

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dan operasi tamat jam 1.23 tengah hari,” katanya.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|