Pokok hempap rumah pekerja

Pokok hempap rumah pekerja

Penampang: Beberapa pekerja berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka dihempap pokok dalam kejadian di Jalan Tombovo Ketiau, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, insiden berkenaan dipercayai berlaku akibat hujan lebat serta angin kencang yang melanda daerah ini sejak petang, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), JBPM Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999) pada jam 11.02 pagi.

Pasukan bomba mengalihkan dahan yang menghempap rumah pekerja di Jalan Tombovo Ketiau, Putatan.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Penampang kemudiannya dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, operasi mengalihkan dahan yang menghempap bumbung rumah pekerja terbabit dijalankan.

“Berdasarkan pemantauan, rumah pekerja berkeluasan 35 meter persegi itu hanya mengalami 10 peratus kerosakan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Keadaan rumah pekerja yang rosak akibat dihempap pokok di Jalan Tombovo Ketiau, Putatan.

Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam insiden ini dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.50 tengah hari.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|