Tangkap ular dirumah pemanggil dikuarantin Covid-19

Tangkap ular dirumah pemanggil dikuarantin Covid-19

Penampang: Pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa mendapatkan kebenaran daripada Ibu Polis Daerah (IPD) Penampang sebelum dibenarkan masuk ke dalam rumah pemanggil yang dikuarantin untuk menangkap ular, dalam kejadian di Kampung Muhibbah, Petagas, Putatan, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, anggota bomba juga terpaksa menjalani proses sanitasi bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan Covid-19.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zainal @ John Radsung berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.45 pagi.

Anggota bomba menjalani proses sanitasi sebelum dan selepas operasi menangkap ular di rumah pengadu yang dikuarantin.

Katanya, sepasukan dan mengerahkan sepasukan tiga anggota dan seorang pegawai dikerah ke lokasi kejadian bagi untuk menjalankan operasi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, anggota bomba terus mengenakan Sut Pakaian Perlindungan Diri (PPE) dan menjalani proses sanitasi sebelum masuk menangkap ular.

“Ular sepanjang kira-kira dua meter itu kemudiannya berjaya ditangkap di bilik air rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Anggota bomba lengkap dengan sut pakaian perlindungan diri (PPE) menangkap ular sepanjang dua meter.

Zainal berkata, selepas ular berkenaan berjaya ditangkap menggunakan alat penangkap, tiada lagi kemerbahayaan lain yang wujud dan tiada mangsa yang terlibat.

Katanya, pasukan bomba kemudiannya sekali lagi menjalani proses sanitasi dan operasi tamat pada jam 10.05 pagi.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|