Taman Awam Teluk Likas, Pantai Tanjung Aru ditutup esok

Taman Awam Teluk Likas, Pantai Tanjung Aru ditutup esok

Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menutup sementara beberapa taman awam sempena sambutan akhir tahun dan tahun baharu di bandar raya ini bermula esok hingga 1 Januari.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, tindakan penutupan taman awam itu adalah langkah kawalan pencegahan penularan wabak Covid-19 selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 ketika ini.

“Antara taman-taman awam yang terlibat ialah Taman Awam Teluk Likas, Taman Awam Teluk Likas 2 dan Pantai Tanjung Aru 1.

“Penutupan bermula pada 31 Disember 2021 (Jumaat) bermula jam 1 tengah hari sehingga 1 Januari 2022 (Sabtu), jam 6 pagi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, Noorliza berkata, DBKK menasihatkan orang ramai supaya tidak mengunjungi dan menggunakan taman-taman tersebut ketika tempoh penutupan dilaksanakan.

“Ini untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak Covid-19,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|